Berniaga Produk Kecantikan, Syafiq Yusof Jadikan Aliff Syukri Idola

Berniaga Produk Kecantikan, Syafiq Yusof Jadikan Aliff Syukri Idola

Pengarah filem, Syafiq Yusof akui pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri adalah salah satu sebab dia menceburi bidang perniagaan.

Syafiq Yusof berkata Aliff Syukri merupakan idolanya dan kini dia berbangga apabila berjaya muncul dengan satu produk kecantikannya sendiri iaitu Luxone Argan Oil.

"Saya memang minat bidang peniagaan sudah lama tapi bapa saya minta saya fokus kepada pengarahan terlebih dahulu.

"Cuma baru sekarang merupakan masa sesuai kerana saya ada sedikit masa dan modal untuk memulakan perniagaan.

"Selain itu, saya memang kagum dengan Aliff Syukri dan dia adalah idola saya di dalam perniagaan kerana saya mahu berjaya sepertinya.

"Dia (Aliff) mempunyai semangat dan jiwa yang besar dalam perniagaan. Saya mahu ikut jejak langkahnya," katanya kepada Astro Gempak.

Syafiq ditemui selepas pelancaran Luxone Argan Oil di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Minyak argan dihasilkan daripada buah Argania Spinosa (pokok Argan).

Apabila ditanya mengenai kerjaya pengarahannya pula, Syafiq memberitahu dia masih mengutamakan bidang tersebut.

"Saya boleh kata tahun ini saya akan cuba luaskan perniagaan saya ini namun begitu saya masih keutamaan kepada bidang perfileman.

"Lagipun, saya ada pasukan berkaliber untuk menjalankan dan menjayakan perniagaan ini," katanya lagi.

Rosyam Nor dilantik sebagai duta produk pertama keluaran syarikat milik Syafiq ini.

Luxone sudah pun mula berada di pasaran dan tempahan boleh dibuat secara online menerusi laman web www.luxone.com.my - Astro Gempak